Wednesday, June 15, 2005

of Michael Jackson the weirdo.

While I was on the way home for lunch, HITZ.fm was playing Michael Jackson's Special 10 in a row Marathon. Guess why?

He is freed. Free from all charges. And this is one of the hottest stuff today. I am not a big fan of Jackson, but I admit his music is one of a kind. No wonder so many people love him. Here's something i got from Utusan Online.

Michael Jackson bebas semua tuduhan cabul
SANTA MARIA 14 Jun - Michael Jackson dibebaskan semalam daripada semua 10 tuduhan terhadap beliau dalam perbicaraan kes pencabulan kanak-kanak yang boleh menyebabkan penyanyi itu meringkuk dalam penjara selama hampir 20 tahun.
Jackson mengesat hidungnya beberapa kali tetapi tidak memandang ke arah panel juri seramai 12 orang sewaktu mereka mengisytiharkan `Raja Pop' itu tidak bersalah dan membebaskannya daripada kesemua 10 tuduhan, termasuk mencabul kehormatan seorang bekas pesakit kanser berusia 13 tahun.
Jackson kelihatan seperti terperanjat apabila Hakim Rodney Melville memberitahunya bahawa dia dibebaskan.
``Encik Jackson, ikat jamin awak dibatalkan. Awak dibebaskan,'' kata Melville.
Jackson pada mulanya tergamam dan tidak bergerak daripada tempatnya, kemudian berpusing perlahan-lahan untuk memeluk ketua peguam belanya, Thomas Mesereau.
Salah seorang pembantu Mesereau turut menitis air mata gembira dan terharu.
Beberapa orang ahli keluarga Jackson, termasuk Tito, Randy dan Latoya memegang tangan ibu mereka Katherine ketika mereka mengiringi Jackson keluar dari mahkamah.
Seorang lagi adik Jackson, Janet menyambut mereka di luar mahkamah. Janet mengiringi Jackson ke mahkamah tetapi tidak dapat masuk ke dalam kerana kekurangan tempat duduk.
Sebaik sahaja Jackson muncul di luar, beliau yang memakai kaca mata gelap dan jaket hitam, menepuk dadanya dan melambai kepada para peminat yang berkumpul beramai-ramai di luar pagar keselamatan.
Sambil berjalan perlahan-lahan, Jackson memegang tangan ibunya, yang hadir di mahkamah sejak perbicaraan itu dimulakan.
Keputusan itu menamatkan perbicaraan sensasi selama berbulan-bulan di mana pasukan peguam bela menyatakan Jackson telah menjadi mangsa komplot peras ugut yang dirancang dengan rapi.
Seorang lagi peguam bela, Susan Yu dan ibu Jackson, Katherine turut menitiskan air mata ketika beliau diiringi keluar dari bilik mahkamah dan dibawa pulang ke kediamannya di Neverland Ranch.
Jackson yang tidak menunjukkan sebarang emosi ketika meninggalkan mahkamah enggan membuat sebarang kenyataan tetapi melayangkan ciuman kepada peminat yang menunggu dengan penuh debaran.
Beliau boleh dikenakan hukuman penjara 18 tahun jika didapati bersalah atas 10 tuduhan termasuk melakukan perbuatan lucah dengan seorang kanak-kanak, memberi minuman arak kepada orang di bawah umur dan berkomplot untuk menculik kanak-kanak, memeras ugut dan menahan orang secara tidak sah.
Di luar bilik mahkamah, keputusan yang disiarkan ke seluruh dunia itu mencetuskan suasana riuh-rendah di kalangan ratusan peminat yang berkhemah di sana selama lebih seminggu untuk menunggu keputusan mengenai nasib Jackson.
Kes terhadap Jackson berpunca daripada sebuah dokumentari televisyen pada Februari 2003 di mana penyanyi itu kelihatan berpegang tangan dengan remaja yang menuduhnya.
Dalam dokumentari itu beliau juga mempertahankan amalannya berkongsi katil dengan budak-budak lelaki.
Juri terdiri daripada lapan wanita dan empat lelaki itu terpaksa menimbangkan keterangan daripada 140 saksi dan meneliti kira-kira 600 bahan bukti tetapi mereka nampaknya tidak menghadapi banyak kesukaran untuk mencapai keputusan sebulat suara.
``Saya fikir kami semua hanya menimbangkan bahan bukti dan kemudian mencapai kata sepakat,'' seorang wanita berusia 79 tahun dalam panel itu.
Juri lain memberitahu wartawan mereka tidak terpengaruh dengan status Jackson sebagai bintang.
``Antara perkara yang kami putuskan ialah kami perlu melihat beliau sebagai seorang individu, bukan sebagai selebriti,'' kata ketua juri, seorang lelaki berusia 63 tahun.
Kes pendakwa raya banyak bergantung kepada penuduh Jackson, kini berusia 15 tahun, yang mendakwa bintang pop itu mencabuli kehormatannya sekurang-kurangnya dua kali selepas beberapa malam dia disajikan dengan minuman arak dan tayangan filem lucah di Neverland Ranch, tengah California.
Peguam bela berhujah bahawa remaja berkenaan mengada-adakan cerita pencabulan itu atas arahan ibunya yang mereka gambarkan sebagai seorang penipu yang menjadikan selebriti sebagai sasaran.
Panel juri juga menyatakan mereka menghadapi masalah untuk mempercayai keterangan ibu remaja itu. - Reuters

And btw, what do you think of the charges? I mean, could it be true? But the evidence was not strong at all.. Huhu. Michael Jackson is always a mystery for me.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home